Kijal


Sebut sahaja nama Kijal, terdapat 2 perkara yang terlintas dibenak fikiran iaitu ‘Durian Kijal’ dan ‘Lemang Kijal’. Mungkin ramai yang tidak mengenali ‘Durian Kijal’ memandangkan ianya bermusim tetapi ianya antara durian yang terbaik di Malaysia. Lemang pula sangat sinonim dengan Kijal, di kiri kanan jalan raya utama akan kelihatan deretan gerai lemang yang menjadi ikon Bandar Kijal. Gerai lemang di sini sentiasa menerima kunjungan terutamanya menjelang hari raya.

Lemang yang rasanya lemak-lemak manis dan masin boleh dimakan panas-panas atau dibawa pulang dicecah pula dengan serunding pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja dari golongan kanak-kanak sehingga orang tua. Harga lemang di sini adalah dalam lingkungan RM2-3 sebatang atau pun 3-5 batang untuk RM10 bergantung kepada saiz lemang. Pengusaha gerai lemang di sini juga menjual berbagai jenis jeruk sebagai mata pendapatan tambahan disamping lemang dan berbagai jenis serunding.
Baca lagi …

Mini Zoo Kemaman



Mini Zoo Kemaman terletak di kawasan Bukit Takal, Kemaman adalah antara tarikan terbaru di Kemaman. Ianya menggabungkan mini zoo, taman rekreasi air, taman herba, taman buah-buahan, taman orkid dan sebagainya dalam satu kawasan. Terletak kira-kira 13km dari Bandar Chukai berhampiran dengan Kampung Ibok. Mereka yang bercadang untuk mengunjungi mini zoo ini boleh menggunakan jalan Chukai – Mak Chili – Ibok.


Mini Zoo Kemaman menempatkan beberapa spesis hidupan liar seperti harimau, beruang, kancil, rusa, ular sawa , ikan naga (Arapaima Gigas)serta berbagai spesis unggas. Para pengunjung boleh menggunakan jambatan gantung yang disediakan untuk menikmati permandangan dari tempat yang lebih tinggi termasuklah dari atas sangkar yang menempatkan sepasang Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) yang telah disumbangkan oleh pihak Zoo Melaka pada 2 April 2010.



Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan pangangkutan ‘buggy’ yang disediakan secara percuma di dalam kawasan mini zoo ini. Taman rekreasi dan mini zoo ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari jam10.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk hari cuti umum.
Baca lagi …

Sungai Yak Yah


Sungai Yak Yah terletak berhampiran dengan Taman Rekreasi Air dan Mini Zoo Kemaman. Sungai ini merupakan kawasan habitat semulajadi bagi spesis kelip-kelip atau kunang-kunang. Para pengunjung boleh melihat kelip-kelip pada waktu malam di pepohon di tebing sungai ini.

Terdapat juga jeti, surau dan tandas untuk kemudahan para pengunjung. Sungai Yak Yah ini juga terkenal dikalangan pemancing udang galah.
Baca lagi …