Pantai Teluk Kalong


Pantai Teluk Kalong, satu lagi destinasi pelancongan yang terdapat di sekitar Kemaman. Pantainya yang memutih pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Terletak kira-kira 11km dari Bandar Chukai, melalui jalan lama Kuala Terengganu – Kuantan (Route 3). Pantai ini terletak bersebelahan dengan Kuari Teluk Kalong berhampiran Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong.

Kawasan pantai di sini sangat sesuai untuk berbagai aktiviti seperti perkhemahan atau perkelahan. Namun begitu orang-ramai tidak digalakkan mandi-manda. Berbagai kemudahan turut disediakan di kawasan Pantai Teluk Kalong ini seperti taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal, tandas awam, surau, kedai makan dan pondok rehat serta kemudahan untuk BBQ.

Kawasan berbatu pinggir laut sekitar kuari juga merupakan antara padang pancing yang utama. Berbagai spesis ikan pernah dinaikkan di kawasan tersebut seperti ebek, jemuduk, gerong dan juga pari.

No comments:

Post a Comment