Mini Zoo Kemaman



Mini Zoo Kemaman terletak di kawasan Bukit Takal, Kemaman adalah antara tarikan terbaru di Kemaman. Ianya menggabungkan mini zoo, taman rekreasi air, taman herba, taman buah-buahan, taman orkid dan sebagainya dalam satu kawasan. Terletak kira-kira 13km dari Bandar Chukai berhampiran dengan Kampung Ibok. Mereka yang bercadang untuk mengunjungi mini zoo ini boleh menggunakan jalan Chukai – Mak Chili – Ibok.


Mini Zoo Kemaman menempatkan beberapa spesis hidupan liar seperti harimau, beruang, kancil, rusa, ular sawa , ikan naga (Arapaima Gigas)serta berbagai spesis unggas. Para pengunjung boleh menggunakan jambatan gantung yang disediakan untuk menikmati permandangan dari tempat yang lebih tinggi termasuklah dari atas sangkar yang menempatkan sepasang Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) yang telah disumbangkan oleh pihak Zoo Melaka pada 2 April 2010.



Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan pangangkutan ‘buggy’ yang disediakan secara percuma di dalam kawasan mini zoo ini. Taman rekreasi dan mini zoo ini dibuka setiap hari kepada pengunjung dari jam10.00 pagi hingga 5.00 petang termasuk hari cuti umum.

No comments:

Post a Comment