Kijal


Sebut sahaja nama Kijal, terdapat 2 perkara yang terlintas dibenak fikiran iaitu ‘Durian Kijal’ dan ‘Lemang Kijal’. Mungkin ramai yang tidak mengenali ‘Durian Kijal’ memandangkan ianya bermusim tetapi ianya antara durian yang terbaik di Malaysia. Lemang pula sangat sinonim dengan Kijal, di kiri kanan jalan raya utama akan kelihatan deretan gerai lemang yang menjadi ikon Bandar Kijal. Gerai lemang di sini sentiasa menerima kunjungan terutamanya menjelang hari raya.

Lemang yang rasanya lemak-lemak manis dan masin boleh dimakan panas-panas atau dibawa pulang dicecah pula dengan serunding pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja dari golongan kanak-kanak sehingga orang tua. Harga lemang di sini adalah dalam lingkungan RM2-3 sebatang atau pun 3-5 batang untuk RM10 bergantung kepada saiz lemang. Pengusaha gerai lemang di sini juga menjual berbagai jenis jeruk sebagai mata pendapatan tambahan disamping lemang dan berbagai jenis serunding.

No comments:

Post a Comment