Pantai Kemasik
Pantai Kemasik merupakan salah satu tarikan pelancongan yang utama di Daerah Kemaman. Lokasinya terletak kira-kira 20km dari Bandar Chukai. Kedudukannya yang bersebelahan dengan jalan utama Kuala Terengganu – Kuantan juga menjadi faktor utama kepada persinggahan para pengunjung terutamanya pada waktu petang. Kawasan pantainya yang nyaman dihiasi permandangan yang mampu menarik minat berbagai golongan pengunjung termasuklah peminiat- peminat fotografi.
Berbagai kemudahan turut disediakan kepada pengunjung seperti tempat rehat, peralatan riadah, tandas awam dan gerai-gerai makanan. Para pengunjung boleh berehat sambil menikmati juadah yang dibawa bersama keluarga di atas pondok-pondok rehat yang disediakan di sini atau bersantai di tepi pantai yang memutih. Bagi yang gemarkan aktiviti lasak boleh mendaki bukit berdekatan sambil menikmati permandangan sekitar Pantai Kemasik dari atas.
Bersebelahan kawasan rehat Pantai Kemasik terdapat penempatan nelayan tradisional yang bergantung hidup dengan hasil laut. Jika kena pada masa dan ketikanya, para pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri kegigihan para nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka serta membeli ikan-ikan segar terus dari nelayan.
Pantai kemasik juga menjadi lokasi utama kepada para pelajar untuk menjalankan kajian bentuk muka bumi memandangkan keadaan bentuk muka bumi di kawasan ini yang berbagai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment